Jenayah

6 jam tiada masalah

cuci kereta

“Sudah pasti saya akan mengalami sedikit kerugian sekiranya kedai cuci kenderaan hanya dibuka selama enam jam sehari, namun saya sanggup sebagai usaha bersama menyelesaikan krisis air,” kata pemilik pusat cuci kenderaan, Zuar Alias, 36.

Zuar yang sudah menjalankan perniagaan cuci kenderaan selama dua tahun itu turut beranggapan keputusan yang dibuat kerajaan negeri itu bernas dan patut dipatuhi semua premis yang menjalankan perniagaan sama.

“Jika sebelum ini saya terpaksa membayar bil air sebanyak RM400 sebulan, mungkin selepas ini saya boleh jimat separuh daripada jumlah itu.

“Kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada pekerja awam dan swasta yang menghantar kenderaan mereka untuk dicuci selepas waktu bekerja.

“Jadi, saya terpaksa maklumkan kepada mereka untuk menghantar kenderaan mereka pada hujung minggu dan bukan lagi pada waktu malam,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Petaling Jaya dan Bangi semalam turut mendapati kebanyakan pusat cuci kenderaan menyokong tindakan kerajaan negeri itu bagi usaha menjimatkan penggunaan air.

Sementara itu, kakitangan awam, Kamizan Mat, 32, berkata waktu yang ditetapkan untuk pusat cuci kenderaan beroperasi iaitu dari jam 12 tengah hari sehingga 6 petang adalah tepat kerana kebanyakan penduduk sibuk pada waktu pagi.

“Ada pelanggan yang mahu cuci kereta pada waktu rehat tengah hari dan bagi saya perkara ini tidak menyusahkan banyak pihak.

“Bagi saya, mulai sekarang, semua pihak perlu peka dengan masalah yang berlaku seperti krisis air di Selangor supaya dapat menyelesaikannya bersama,” katanya.

Minggu lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hanya membenarkan semua pusat cuci kenderaan berlesen di Selangor beroperasi selama enam jam sehari dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang.

Selain itu, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan menutup pusat mencuci kenderaan tidak berlesen serta-merta sebagai langkah menjimatkan penggunaan air.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar itu, kesemua PBT diarahkan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengusaha pusat cuci kenderaan supaya membuat persediaan yang sewajarnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");