Perak Hari Ini

800 Peserta Sertai ‘Perak Silver Night Ride’

Buat julung-julung kalinya, hampir 800 peserta menyertai program ‘Perak Silver Night Ride’ yang diperkenalkan kerajaan negeri khusus untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan keunikan bandar raya Ipoh di waktu malam.

Antara peserta yang mengambil bahagian ialah pemimpin nombor satu negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Exco Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Bercakap kepada pemberita, Zambry berkata, program berbasikal di sekitar bandaraya di waktu malam itu merupakan pendekatan yang kreatif dan unik, sekaligus berupaya mempromosikan bandar raya Ipoh kepada pelancong tempatan dan luar negara.

“Difahamkan, ‘Perak Silver Night Ride’ ini mendapat sambutan yang baik di kalangan wargakota dan saya berharap agar aktiviti ini dapat lagi menceriakan suasana malam di bandar raya Ipoh,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, melalui aktiviti itu juga katanya, negeri Perak menjadi pelopor kepada aktiviti berbasikal di waktu malam.

“Aktiviti ini boleh menjadi ikon kepada bandar raya Ipoh pada masa akan datang,” katanya lagi.

Perak Silver Night Ride merupakan aktiviti mengayuh basikal di sekitar bandar raya Ipoh yang membabitkan jarak sejauh 20 kilometer (KM).

Berlangsung pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan, aktiviti itu akan berlangsung pada malam Rabu dan bermula di Hotel Kinta Riverfront.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");