Jenayah

‘Abang saya yang curi’

curi motosikal

SUNGAI KOB – Gara-gara membantu abang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal, seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Kampung Belakang Masjid di sini oleh Cawangan Pencegahan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, diketuai Inspektor Norfaizal Mohamad kira-kira jam 6 pagi kelmarin.

Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut.

Dari maklumat diterima, suspek menyatakan abangnya telah mencuri motosikal jenis Yamaha RXZ sebelum mengungkai komponen motosikal itu di rumah.

Setelah selesai, suspek membuang rangka motosikal itu ke dalam sungai di belakang rumahnya.

Polis kemudiannya meminta suspek bekerjasama untuk menunjukkan lokasi di mana rangka itu dibuang.

Sebaik tiba di lokasi, usaha mencari rangka motosikal itu dibuat oleh anggota polis dan berjaya menemuinya semula.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata kes ini akan disiasat dibawah seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.

Katanya, tangkapan akan diteruskan setiap hari kerana setiap suspek yang ditahan akan memaklumkan nama rakan lain terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal kepada polis.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");