Perak Hari Ini

Ahli UMNO Perlu Bersatu Pertahankan Hak Orang Melayu: Ismail Sabri

Masyarakat Melayu dan ahli UMNO diminta agar terus bersatu dalam menangkis segala tuduhan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, UMNO adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak Melayu dan kaum lain di negara ini.

“Apabila timbul isu yang melibatkan penghinaan kepada pemimpin, orang Melayu dan institusi diraja, kita yang berusaha untuk membersihkan fitnah tersebut.

“Yag mampu mempertahankan hak orang Melayu dan yang mara ke hadapan membela hak kaum lain dan Islam, tak lain tak bukan adalah UMNO,” katanya lagi.

PERAKTODAY2

Beliau yang juga merangkap Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata, tugas tersebut mesti digalas untuk mempertahankan hak orang Melayu supaya pepatah ‘takkan Melayu hilang di dunia’ akan dapat direalisasikan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan UMNO ini, kerana tiada UMNO, hak orang Melayu berkemungkinan akan hilang.

“Kalau kita sayangkan bangsa kita, dan ingin melihat bangsa Melayu terus kekal, wajib kita pertahankan UMNO.

“Maka tugas ini adalah tugas kita semua dan merupakan jihad dalam dunia politik untuk memperjuangkan nasib orang Melayu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng yang berlangsung di Dewan Kemas dekat Gopeng, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Hang Tuah Din.

Beliau juga berharap agar ahli-ahli di semua bahagian membuang sikap buruk yang telah diamalkan sebelum ini.

“Saya harap agar budaya menjatuhkan sesama ahli dalam UMNO dahulu hendaklah dihentikan sebaliknya digunakan untuk menentang musuh kita yang sebenar,” ujarnya.

Beliau juga berharap supaya pergerakan Pemuda terus menjadi kumpulan pejuang yang bukan setakat menganjurkan program tetapi juga sebagai pejuang isu yang melibatkan kepentingan Melayu.

Terdahulu, beliau juga telah melancarkan tabung Gaza dan menyerahkan kotak makanan kepada penerima dari lima zon terpilih di sekitar Gopeng.

Beliau kemudiannya menyampaikan bantuan dermasiswa dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");