Membawang Hari Ini

Alyah terus membisu, Datuk Ramli bersuara

29RamliMS_cropped_transformed

KUALA LUMPUR: Seperti judul lagu rancaknya, Kau Bisu, penyanyi Alyah terus membisu mengenai kisah perkahwinannya dengan konduktor muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

Umum sudah tahu seperti dibongkarkan BH Online mereka sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Situasi kini sudah terbalik, jika selama di saat status hubungan mereka menjadi tanda tanya, Alyah saja yang banyak bersuara atau lebih tepat menjadi sasaran. Sedangkan Ramli banyak berdiam diri.

Ramli kini pula mengambil alih tempat Alyah menjelaskan cerita yang selama ini bertebaran menimbulkan 1001 persoalan.

Menerusi khidmat aplikasi Whatsapp Ramli, beliau sempat menitipkan sedikit jawapan.

“Tak ada apa yang nak dikongsi Dee (panggilan untuk penulis). Saya berahsia selama ini kerana ada benda yang tak boleh dikongsi. Tak ada maksiat pun,” katanya.

Jelas di sini, Ramli mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan beliau merahsiakan status perkahwinannya dengan Alyah.

Pasangan ini bernikah di Batam, Indonesia. Selasa depan Ramli dijangka ke JAIS untuk mengemukakan dokumen asal perkahwinannya bagi tujuan penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak.

Sementara Alyah yang berjaya dihubungi BH Online sebentar tadi terus membisu dan enggan mengulas lanjut mengenai apa yang sudah diketahui umum.

Sebaiknya juga Alyah terus begitu buat sementara waktu kerana selama ini beliau saja yang kerap bersuara.

“Segala-galanya saya serahkan pada dia (Ramli) 100 peratus. Waktu sekarang bukan masa untuk bersuara. Apabila semua sudah ok dan reda serta Ramli sudah uruskan segala-gala yang patut, saya akan bersuara. Insya-Allah,” katanya ringkas.

Pagi semalam BH Online secara eksklusif mendedahkan status perkahwinan Ramli dan Alyah ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu kediaman mewah milik komposer itu di Bandar Kinrara, Puchong.

Tahniah Ramli dan Alyah. Semoga perkahwinan yang dibina akan terus mekar selama-lamanya. Ini perkahwinan kedua Ramli dan pertama bagi penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");