Jenayah

Amah disimbah air panas

jenayah gmbr hiasan 6

Georgetown: Seorang pembantu rumah dipercayai warga Vietnam yang mendakwa disimbah air panas oleh majikannya diselamatkan polis peronda di kawasan sebuah pangsapuri di Air Hitam di sini, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira 3.50 petang itu, anggota polis yang sedang bertugas meronda kawasan perumahan itu menemui seorang wanita berusia 22 tahun dalam ketakutan.

Mangsa yang didapati melecur di beberapa bahagian badan dibawa ke hospital selepas anggota polis berkenaan menelefon ambulans.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ab Rahman Ahmad berkata, mangsa dipercayai disimbah air panas oleh majikannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapat rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");