Sukan Hari Ini

Arsenal layak Liga Juara-Juara, Bilbao kejutkan Napoli

28sancez_cropped_transformed

PARIS: Jaringan tunggal bintang Chile, Alexis Sanchez sudah memadai untuk Arsenal layak ke pusingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menang tipis 1-0 ke atas kelab Turki, Besiktas di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Anak didik Arsene Wenger berjaya melepasi halangan ini dengan beraksi berbekal 10 pemain – seperti pada perlawanan pertama – apabila Mathieu Debuchy dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada babak kedua.

Arsenal layak atas kemenangan agregat 1-0 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan play-off pertama.

Sementara itu, wakil Sepanyol, Athletic Bilbao turut mara selepas bangkit untuk menewaskan Napoli 3-1 untuk layak 4-2 atas agregat.

KEPUTUSAN

Play-off perlawanan kedua Liga Juara-Juara

Arsenal (England) 1, Besiktas (Turki) 0, Arsenal layak agregat 1-0

Athletic Bilbao (Sepanyol) 3, Napoli (Itali) 1, Athletic Bilbao layak agregat 4-2

Bayer Leverkusen (Jerman) 4, FC Copenhagen (Denmark) 0,

Bayer Leverkusen layak agregat 7-2

Ludogorets (Bulgaria) 1, Steaua Bucharest (Romania) 0; 1-1 agregat

Ludogorets layak penalti 6-5

Malmo (Sweden) 3, Salzburg (Austria) 0, Malmo layak agregat 4-2

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");