Sukan Hari Ini

Arul diberi peluang bukti kemampuan

tengku abdullah 6

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) akan memberikan peluang kepada penolong jurulatih skuad kebangsaan, Arul Selvaraj membuktikan kemampuannya pada temasya Sukan Asia yang berlangsung di Korea Selatan, September ini.

Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, MHC akan melakukan penilaian sebelum membuat keputusan untuk mengambil ketua jurulatih baharu dan sedia menimbangkan calon dalam kalangan jurulatih tempatan ataupun asing.

Menurutnya, konfederasi itu tidak akan membuat keputusan terburu-buru untuk menamakan ketua jurulatih bagi skuad itu dan akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan muktamad.

“Kalau pemain boleh menunjukkan komitmen… bermain dengan baik, sudah pasti kita boleh mencapai keputusan yang baik.

“Tapi, kalau kita pilih jurulatih yang bagus… tapi pemain tidak mahu bermain (dengan baik), tidak mengubah sikap dan tidak ada stamina, tidak ada gunanya juga.

“Tidak guna saya bercakap banyak sebagai Presiden MHC jika sikap mereka masih sama. Lagi kurang saya bercakap, lagi bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perkahwinan anak bekas pemain bola sepak dan jurulatih Pahang, Ahmad Yunus Aliff di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, semalam.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah mengakui sedikit hampa dan tersinggung dengan prestasi terkini yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan.

Menurutnya, bermula dengan isu peletakan jawatan Paul Revington pada Januari lalu, skuad hoki tanah air terus dihantui pelbagai isu, termasuk prestasi hambar ditunjukkan pada saingan Piala Dunia yang berlangsung di Belanda, Jun lalu.

Dalam kejohanan itu, skuad kendalian bekas jurulatih pasukan remaja kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah gagal mengutip sebarang mata apabila tewas empat perlawanan peringkat kumpulan.

“Persembahan mereka tidak seperti saya jangka dan saya sedia menerima kritikan dan harap mereka tampilkan aksi lebih baik selepas ini.

“Kita turun (bermain) bukan untuk kalah, tapi ia terpulang kepada jurulatih… pemilihan pemain dilakukan jurulatih… bukan oleh saya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");