Perak Hari Ini

BAIDURI Giat Promosi Program Aktiviti@perpustakaan

Oleh Norsadrina Ismail/Gambar:- Ahmad Amirul Hakim Ahmad Zulkifli:-

Perbadanan Perpustakaan Awam negeri Perak akan meneruskan aktiviti jelajah ke perpustakaan awam di daerah terpilih sempena program aktiviti@perpustakaan.

Menurut Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Saripah Zulkifli, program berkenaan diadakan setiap dua minggu yang meliputi enam zon dan setiap daerah yang melibatkan masyarakat awam setempat.

“Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan penggunaan perpustakaan di kalangan pelajar sekolah dengan penglibatan golongan dewasa iaitu ibu bapa,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program aktiviti@perpustakaan di Perpustakaan Awam Pangkor hari ini.

Katanya lagi, program itu berjaya memupuk penglibatan ibu bapa bersama anak-anak dengan menyertai pelbagai aktiviti yang disusun khusus untuk program tersebut.

“Objektif program berjaya kerana ia dapat menyatukan pelbagai kaum,” tambahnya lagi.

Peranan BAIDURI pula katanya, adalah terus berusaha menggalakkan dan mempromosikan lagi peranan perpustakaan awam yang tersedia di setiap kawasan terpilih.

Tambahnya lagi, pihak perpustakaan awam telah merangka pelbagai aktiviti secara mingguan, bulanan dan tahunan dan penglibatan BAIDURI juga diharap mampu menarik minat dan kepekaan masyarakat terus mendekatkan diri dengan bidang ilmu.

Program aktiviti@perpustakaan yang berlangsung di Pangkor hari ini berjaya menarik penglibatan lebih 250 pelajar dan ibu bapa.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat kanak-kanak yang hadir antaranya pertandingan mewarna, pameran bomba serta bengkel klik dengan bijak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");