Laporan Eksklusif

‘Bapa saudara saya’

mohd sadiq

Sepang: “Saya menghadiahkan al-Fatihah sepanjang mengusung keranda. Saya akhirnya berpeluang ‘mendekati’ bapa saudara yang tidak pernah saya temui ketika hidup,” kata Lans Koperal Mohd Sadiq Zakaria, anggota pengusung yang mengangkat jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar.

Mohd Sadiq, 28, yang sudah enam tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, dia hanya mengetahui Penyelia Penerbangan Kabin MH17 itu adalah bapa saudaranya pada 3 Syawal lalu.

Menurutnya, dia diberitahu perkara itu oleh ibu, Bariyah Othman, 43, ketika pulang menyambut Aidilfitri di rumah keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Saya terkejut apabila ibu memberitahu seorang daripada mangsa tragedi MH17 berpangkat bapa saudara menerusi pertalian saudara sebelah ibu.

“Ketika itu, saya belum lagi tersenarai dalam tugasan mengusung jenazah dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");