Membawang Hari Ini

Belum layak ke layar perak

syafiq

Meskipun kini kisah cintanya dengan pelakon Uqasha Senrose, 22, lebih mendapat perhatian, namun, ia tidak membuatkan Syafiq Kyle, 22, leka. Pelakon lelaki mening­kat naik ini tetap berusaha untuk peminat lebih ­mengenalinya melalui bakat dimiliki.

Semakin laris dan begitu sibuk di lokasi penggambaran drama lakonannya, Syafiq sangat bersyukur dalam tempoh dua tahun namanya semakin mendapat perhatian. Baginya, ia rezeki yang tak diduga.

Kini, masih dalam peng­gambaran drama Bila Hati Berbicara sebanyak 32 episod yang diadaptasi daripada novel popular untuk slot Akasia di TV3, Syafiq teruja dia diberi kepercayaan menjadi teraju utama. Katanya, dia hanya mampu berusaha memberi yang terbaik.

Pun begitu, kelibat pelakon yang cukup sinonim dengan drama Tanah Kubur di Astro Oasis arahan Rashid Sibir ini nampaknya tidak kelihatan pada musim terbaru. Apakah Syafiq sudah mula bersikap memilih?

“Sebenarnya, drama Tanah Kubur tetap dekat di hati saya. Mana boleh saya melupakan begitu saja drama yang membuka ruang untuk penonton mengenali bakat saya dalam bidang lakonan.

“Cuma, bagi musim yang terbaru ini watak saya sebagai Johan direhatkan seketika. ‘Johan’ melanjutkan pengajiannya ke luar negara.

“Apa yang pasti, saya masih mendapat tawaran daripada Rashid untuk membintangi drama Tanah Kubur itu. Namun, disebabkan jadual yang padat saya tidak boleh memberikan komitmen. Jadi, watak Johan pun direhatkan,” katanya.

Menolak dakwaan dia sudah lupa diri dan bersikap memilih watak kerana semakin dikenali, Syafiq berkata, Rashid sendiri faham dengan jadual lakonannya sekarang yang agak padat dan sibuk.

Memaklumkan dia memang tiada sebarang masalah dengan Rashid, pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, itu turut memberitahu dia juga belum sedia membintangi filem.

Mengakui pernah menerima tawaran filem, Syafiq berkata dia menolak kerana berasakan dirinya belum layak beraksi di layar perak. Katanya, masih banyak yang harus diperbaiki dalam lakonannya.

Cukup mengutamakan mutu lakonan, Syafiq berkata, dia selesa menerima watak yang diyakini mampu dilakonkan dengan baik. Katanya, hanya dia yang tahu sejauh mana tahap kemampuan dirinya untuk melakonkan sesuatu watak itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");