Sukan Hari Ini

Beri masa skuad wanita menyerlah

regu wanita

Kuala Lumpur: “Bagi kami masa,” itu yang dimahukan jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak selepas cabaran anak buahnya berakhir di pusingan kedua Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen awal pagi semalam.

Rosman mengakui standard pemainnya masih belum tinggi jika dibandingkan dengan pemain lain terutama dari Denmark, China, Jepun dan Korea Selatan.

“Banyak perkara harus dipertingkatkan lagi terutama dari segi kualiti pukulan dan mengekalkannya sehingga tamat perlawanan,” katanya.

Awal pagi semalam satu persatu anak buahnya tumbang di pusingan kedua bermula dengan gandingan Lim Yin Loo-Lee Meng Yean yang kalah kepada Luo Ying-Luo Yu dari China 7-21, 15-21, diikuti pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Vivian-Khe Wei tumpas kepada pilihan ke-15 dari Denmark, Line Damkjaer Kruse-Marie Roepke 16-21, 21-11, 10-21.

Pasangan adik-beradik, Ng Hui Lin-Ng Hui Ern pula kalah kepada pasangan Belanda, Eefje Muskens-Selena Piek 17-21, 20-22, manakala Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho dikecewakan pilihan keempat dari China, Wang Xiaoli-Yu Yang 14-21, 16-21.

“Saya percaya semua anak buah saya akan bekerja lebih keras untuk mencapai tahap tertinggi, bagi kami masa kerana ia bukan sesuatu yang mudah.

“Sasaran selepas ini untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 Rio,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Dalam masa yang sama Rosman juga mengakui mereka tidak mempunyai masa panjang dan semua perancangan harus bermula sebaik berakhirnya perjuangan di Kejohanan Dunia.

Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria berkata, cabaran pemain wanita sekarang ini semakin mencabar kerana bukan saja dari negara Asia malah Eropah terutama England dan Denmark.

“Mereka masih lagi mempunyai perjalanan panjang untuk ditempuhi,” katanya yang turut berada di Copenhagen bersama jurulatih dan pemain.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");