Jenayah

Bimbang kera naik minyak

Bumbung stor penduduk di Kampung Padang turut dirosakkan kera liar:-

POKOK SENA – Penduduk Kampung Padang, Mukim Gajah Mati dekat sini merayu kepada pihak berkuasa supaya dapat menangkap kera yang berkeliaran di kampung itu hingga merosakkan hasil tanaman penduduk.

Penduduk mendakwa, kejadian berlaku sejak setahun lalu selepas pihak berkenaan datang dan menangkap haiwan itu,.

Masalah itu berkurangan beberapa tahun, tetapi kini berulang kembali hingga membimbangkan penduduk.

Morad Ichik, 84, berkata, sejak kera itu semakin banyak di kampung itu, penduduk semakin bimbang dengan keselamatan mereka kerana takut dicederakan.

Katanya, sehingga sekarang belum ada serangan terhadap penduduk di situ tetapi mereka bimbang perkara itu terjadi.

“Setiap hari penduduk tidak berani buka tingkap atau pintu rumah kerana bimbang dimasuki haiwan itu. Kadang kala kera itu akan terjun ke atas bumbung dari dahan pokok hingga menyebabkan penghuni rumah terkejut .

“Malah pernah beberapa kali haiwan itu bergaduh di hadapan rumah hingga pengpenduduk bimbang kera naik minyak lalu menyerang penduduk,” katanya.

Menurut Morad, pada waktu sekarang banyak hasil tanaman mereka seperti buah-buahan telah dirosakkan kera hingga kadang kala pemiliknya tidak sempat untuk memungut hasil.

Bagaimanapun, penduduk di situ lebih bimbang jika luar musim buah-buahan kerana haiwan itu akan lebih bertindak liar dengan merosakkan segala kelengkapan yang berada di luar rumah.

Ludin Abdullah, 76, pula berkata, kera di kawasan itu juga turut merosakkan talian telefon dengan memanjat serta bergayut hingga menyebabkan wayar telefon di rumahnya terputus. Akibat dari insiden itu, dia terpaksa membuat laporan kepada Telekom Malaysia (TM) bagi membaikinya semula.

Oleh itu, penduduk di situ berharap pihak berkuasa dapat turun padang dan menangkap kera supaya tidak mengganggu kehidupan penduduk di kampung itu lagi.

Sementara itu, menurut sumber dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ketika dihubungi berkata, penduduk Kampung Padang berkenaan perlu membuat laporan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil selanjutnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");