Jenayah

Bomba melecur selamat dibedah

melecur

BAGAN SERAI – Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Serai yang melecur kedua-dua tangan semasa menyelamatkan lima mangsa yang terperangkap dalam kebakaran premis tiga tingkat di Jalan Siakap, di sini, dua minggu lalu, kini selamat menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Serat Mat Yusof, 52, selamat menjalani pembedahan menggantikan sel kulit mati di kedua tangannya pada 19 Ogos lalu dan kini dibenarkan keluar hospital.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Penolong Penguasa Bomba Kanan, Azmir Hassan berkata, anggotanya itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) , Ipoh untuk rawatan susulan.

Menurutnya, semasa menerima rawatan di Ipoh, doktor terpaksa membuang sel kulit mati dan digantikan dengan kulit paha.

“Kami berbangga dengan usaha beliau dan menganggapnya wira kerana sanggup menggadaikan nyawa memotong tiga pedal kunci bagi menyelamatkan mangsa kebakaran.

“Pengorbanan yang dilakukan Serat adalah bukti komitmen dan kesungguhan anggota bomba dalam memastikan mangsa kebakaran selamat,” katanya.

Azmir berkata, masyarakat wajar membuka mata dan menyedari risiko ditanggung anggota bomba semasa menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Pujian dan penghargaan selayaknya diberikan kepada Serat kerana bertindak pantas memotong kesemua pedal kunci,” katanya.

Sementara itu, Serat ketika ditemui meluahkan rasa syukur kerana selamat menjalani pembedahan.

Menurutnya, semasa kejadian berlaku, dia hanya memikirkan kaedah terbaik untuk mengeluarkan mangsa tanpa menghiraukan haba besi panas boleh mencederakan tangannya.

“Apa yang terlintas dalam fikiran saya adalah untuk menyelamatkan lima nyawa.

“Bagi saya, kecederaan dialami tidak seberapa jika dibandingkan nyawa mangsa yang terperangkap dalam kebakaran tersebut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");