Berita Hari Ini

Budak lelaki maut disengat obor-obor paling berbisa

OBOR-OBOR kotak merupakan antara makhluk paling berbisa di dunia:-

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand semalam meminta pelawat di pulau peranginan Koh Phangan agar berwaspada apabila berenang selepas seorang budak lelaki warga Perancis berumur lima tahun mati disengat obor-obor paling berbisa di dunia.

Mangsa yang bercuti bersama keluarganya mati pada Sabtu lalu selepas dia disengat obor-obor kotak yang disifatkan antara makhluk paling berbisa di Bumi.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mati akibat sengatan obor-obor kotak,” kata Leftenan Polis, Saengroj Somrotrat kepada agensi berita AFP.

Koh Phangan yang terletak di Teluk Siam dekat Koh Samui sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Sengatan obor-obor kotak yang mempunyai belalai sepanjang antara 2 hingga 3 meter itu boleh membawa maut kepada manusia.

Haiwan itu hidup dengan memakan ikan kecil dan spesies krustasia seperti udang.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");