Isu Panas

‘Bukan minta Wan Azizah jadi imam’

pkr 1

SHAH ALAM – PKR tetap konsisten mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan Menteri Besar Selangor walaupun ada pihak mempertikaikan kewibawaan Presiden PKR itu memimpin negeri ini.

Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tiada sebab atau halangan kepada Adun Kajang itu untuk memimpin Selangor sekiranya Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor diambil kira.

“Mengapa tidak, kita bukan hendak minta Dr Wan Azizah jadi imam sembahyang, tapi kita hendak jadikan beliau sebagai pemimpin kerajaan di bawah struktur Raja Berperlembagaan.

“Jika dilihat sejarah pemimpin wanita sebelum ini pun, bukanlah sesuatu yang pelik. Pas pernah memiliki Ahli Parlimen wanita pertama iaitu Khadijah Sidek, kemudian muncul

Tan Sri Rafidah Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Marina Yusof pula pernah ditonjolkan oleh Umno sebagai bakal menjawat Perdana Menteri sebelum memasuki Semangat 46 dan PKR,” katanya.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, beliau tidak melihat ada isu dari sudut pentadbiran kerana ramai pengurus syarikat besar adalah wanita.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");