Sukan Hari Ini

Chong Wei perlu positif

chong wei

Kuala Lumpur: Muncul juara atau kempunan seumur hidup. Itulah yang boleh digambarkan mengenai pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen yang membuka tirai saingan hari ini.

Trofi Kejohanan Dunia masih belum dijulang Chong Wei selain emas Sukan Olimpik, Sukan Asia, Piala Thomas dan Piala Sudirman, namun edisi ke-21 ini peluang terbaik buatnya tanpa kehadiran musuh tradisi dari China, Lin Dan.

Chong Wei akan turun ke Arena Ballerup Super hari ini dalam misi wajib menang aksi pusingan pertama apabila menentang pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun.

Jika berjaya melepasi pusingan kedua dan ketiga, cabaran paling getir di suku akhir mungkin diberikan pemain muda China, Wang Zhengming (pilihan keenam) atau Kento Momota dari Jepun.

“Perkembangan dia sangat bagus walaupun ada ketika berasa kurang selesa akibat kecederaan otot sebelum ini. Saya rasa dia boleh melupakan perkara itu buat seketika malah keyakinannya juga sangat luar biasa,” kata jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");