Membawang Hari Ini

Dazrin, Amyra mahu berdikari

Dazrin amyra

Ketika ini Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli sedang menghitung hari untuk disatukan. Majlis pernikahan mereka bakal diadakan di Taman Melawati, Hulu Klang pada 8 Ogos dan disusuli majlis resepsi pihak perempuan pada 10 Ogos.

Memandangkan Dazrin anak jati Melaka, majlis resepsi pengantin lelaki akan berlangsung pada 16 & 17 Ogos ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Turut merancang untuk tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin, Dazrin berkata, dia dan Amyra memilih untuk berdikari.

Katanya, mereka akan menetap di Puchong selepas bergelar suami isteri dan kini kerja menghias kediaman itu masih giat dijalankan.

“Biarpun kami boleh dianggap pasangan muda yang mendirikan rumah tangga tetapi yakin mampu saling melengkapi antara satu sama lain. Jadi, dengan menjalani kehidupan berdikari, kami berdua mampu melaluinya bersama-sama.

“Apatah lagi, hubungan kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. Rasanya tiada masalah untuk kami melayari bahtera rumah tangga,” katanya.

Berpaksikan karier sama diceburi iaitu lakonan, Dazrin berkata, ini membuat­kan dia dan Amyra memahami tuntutan kerja masing-masing. Cuma, selepas berkahwin, katanya, mereka perlu bijak membahagikan masa antara karier dan rumah tangga.

Dazrin yang nama­nya mula melonjak selepas bergelar juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 memaklumkan dia juga akan muncul de­ngan single kedua dan terbaru, Pencarian ciptaan Azman Terlena.

Katanya yang berbakat sebagai penyanyi, sebelum ini dia pernah tampil dengan single Jodoh yang menjadi lagu tema drama Jodoh lakonannya dan Amyra.

Berbulan madu di Gold Coast

Persediaan Aidilfitri Dazrin dan Amyra tahun ini lebih ke arah sambutan ‘raya-kahwin’.

“Syukur saya dapat meraikan Aidilfitri dengan kenangan manis. Saya sebenarnya sangat teruja apabila balik kampung dan bertemu dengan sepupu.

“Kalau nak berkongsi mengenai kenangan pada hari raya, terus terang saya katakan hingga kini Aidilfitri saya semuanya penuh meriah dan gembira. Saya belum pernah meraikan raya dalam suasana sedih.

“Macam tahun ini pun, saya bersyukur kerana meraikan Aidilfitri dalam suasana indah dan debaran untuk bergelar isteri. Meskipun dari aspek mental dan fizikal saya sudah bersedia, perasaan gementar itu tetap ada,” katanya.

Bakal berbulan madu di Gold Coast, Australia, Amyra berkata, meskipun jika diukur pada usia, dia masih muda. Namun akuinya, pemikiran sudah matang dan mampu memikul tanggungjawab seorang isteri dengan baik.

Yakin Dazrin mampu membimbing dirinya, Amyra berkata, dia kini mengharapkan rumah tangga yang bakal dibina itu akan berpanjangan dan bahagia hing­ga ke akhir hayat. Ujarnya, dia akan berusaha sebaik mungkin.

Turut merancang akan membahagikan masanya dengan baik antara karier dan rumah tangga, Amyra berkata, selepas bergelar isteri nanti, dia lebih dulu akan berbincang dengan Dazrin mengenai tawaran berlakon yang diterima.

Ujarnya, asalkan skrip dan watak diterima itu sesuai dengan status dirinya, tiada masalah untuk ditolak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");