Jenayah

Degil sangat naik lori

mpk

Shah Alam: Gara-gara masih berdegil kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen selain melakukan beberapa kesalahan lain, tujuh premis perniagaan warga asing disita dalam operasi bersepadu dijalankan di Pasar Pagi Jalan Papan, Pandamaran, di sini, bermula 13 hingga 22 Ogos lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datuk Mohammad Yacob berkata, operasi berkenaan dijalankan seawal jam 5.30 pagi dan menyasarkan peniaga asing dan peniaga tanpa lesen serta kewujudan struktur haram di lokasi terbabit serta masalah sampah yang sering menjadi isu di pasar pagi itu.

“Sitaan dilakukan kerana pemiliknya melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Penjaja MPK 2007 dan sebanyak 90 notis dikeluarkan oleh Jabatan Kejuruteraan kepada pemilik untuk merobohkan binaan atau struktur tanpa izin masing-masing.

“Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati ada peniaga yang membuat sambungan atau pendawaian haram bagi mendapatkan bekalan air dan elektrik melalui tandas awam yang disediakan MPK,” katanya.

Mohammad berkata, pasar pagi yang beroperasi sejak 2004 itu juga menyaksikan pertambahan petak niaga yang mendadak terutama pada Sabtu dan Ahad selain mengakibatkan masalah kebersihan di kawasan persekitaran apabila ada segelintir peniaga membuang sampah ke dalam longkang.

Tambahnya, memburukkan lagi keadaan, sebahagian besar peniaga tidak membersihkan petak perniagaan selepas beroperasi menyebabkan kawasan setempat agak kotor dan berbau busuk.

“MPK sememangnya akan memberi perhatian terhadap isu di Pasar Pagi Jalan Papan dan tidak akan berkompromi terutama terhadap isu membabitkan peniaga asing dan peniaga haram serta binaan tanpa kebenaran.

“Kami akan meneruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa dan maklumat dari orang ramai diperlukan agar tindakan lanjut dapat dijalankan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");