Berita Hari Ini

Diskaun Tol 10% Di Tiga Lebuh Raya Sempena Merdeka

besraya

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad ini.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata kadar diskaun tol bagi pengguna kenderaan kelas satu itu akan diberi bermula pada 31 Ogos dari pukul 12.01 tengah malam sehingga 12 tengah malam berikutnya.

Beliau berkata mereka yang menggunakan Lebuhraya Besraya dan NPE akan menikmati diskaun di semua plaza tol manakala bagi pengguna Lebuhraya LEKAS akan diberi diskaun di Plaza Tol Ampangan sahaja.

“Sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, kami akan memberi diskaun tol kepada pengguna lebuh raya yang ingin mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya yang akan menghala ke selatan agar menggunakan Lebuhraya LEKAS bagi perjalanan yang lebih selesa, manakala bagi yang ingin ke timur, pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");