Sukan Hari Ini

Dollah Senarai 29 Pemain Jalani Latihan Pusat Kebangsaan

Dollah Salleh_1

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh telah menyenaraikan 29 pemain bagi menjalani latihan pusat kebangsaan sebagai persediaan menghadapi tiga aksi persahabatan antarabangsa.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemain berkenaan perlu melaporkan diri kepada Dollah pada 4 September ini di Wisma FAM, Kelana Jaya untuk sesi latihan pusat berkenaan.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan Indonesia pada 14 September ini, diikuti pertemuan menentang Kemboja, enam hari kemudian dan kedua-dua perlawanan akan diadakan di tempat lawan.

Mereka akan menamatkan aksi persahabatan antarabangsa menentang Jordan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober ini.

Malaysia diaibkan dengan kekalahan 1-4 kepada Tajikistan pada aksi persahabatan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos lepas.

Tiga perlawanan persahabatan itu merupakan persediaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini.

Malaysia berdepan laluan sukar pada kejohanan membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura dan juara tiga kali Thailand dan pemenang dari pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Okt ini membabitkan empat negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot terakhir kejohanan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");