Sukan Hari Ini

EPL: Manchester United lengkapkan perpindahan Rojo

FBL-ENG-POR-PR-MAN UTD-ROJO-FILES

MANCHESTER: Manchester United, awal pagi tadi melengkapkan perpindahan bintang pertahanan Piala Dunia Argentina, Marcos Rojo dari Sporting Lisbon dengan bos baru di Old Trafford, Louis van Gaal pantas menggambarkan pemain berusia 24 tahun itu sebagai ‘berbakat’.

Rojo menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kontrak bernilai 20 juta euro (RM84 juta) memikat Van Gaal selepas kejayaannya membantu Argentina mara ke final Piala Dunia di Brazil.

Begitupun pemain sayap, Nani mengikuti langkah berbeza apabila menyertai semula kelab lamanya, Sporting menerusi pinjaman selama setahun selepas tujuh tahun meninggalkan kelab lamanya itu.

“Saya amat berbangga untuk mengatakan saya kini bermain untuk Manchester United. Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah liga paling menarik di dunia dan berpeluang untuk bersaing di dalamnya bersama kelab paling besar di dunia adalah impian buat saya,” kata Rojo.

“Saya masih muda dan amat teruja untuk terus belajar permainan ini, jadi bermain di bawah bimbingan jurulatih amat berpengalaman dari sudut teknikal seperti Louis van Gaal adalah peluang menakjubkan buat saya. Saya menyertai United untuk bekerja keras bersama rakan sepasukannya untuk menjuarai trofi dan saya tahu pengurus juga memiliki impian yang sama,” katanya.

Rojo yang memulakan kerjayanya bersama kelab tempatan Argentina, Estudiantes de la Plata menghabiskan dua musim di Sporting sejak berhijrah dari Spartak Moscow pada Julai 2012.

“Marcos adalah pemain amat berbakat. Dia bermain pada tahap paling tinggi dalam bola sepak dunia dan boleh bermain sama ada di posisi pertahanan tengah atau kiri. Dia mempunyai kemampuan, kekuatan fizikal dan keinginan untuk belajar jadi masa depan amat cerah buatnya,”kata Van Gaal.

Rojo mempunyai 28 penampilan bersama skuad kebangsaaan Argentina dan kehadirannya kembali menguatkan pertahanan United selepas kehilangan pemain-pemain berkualiti di posisi sama, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic selain Patrice Evra musim panas ini. – AFP

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");