Membawang Hari Ini

Farid Kamil jaga privasi

farid

SUDAH menjadi lumrah bergelar selebriti pasti akan menjadi tumpuan peminat seni dari segenap pelosok dunia.

Tidak terkecuali aktor tampan ini, kisah hidupnya ketika di awal pembabitan dalam bidang seni sehingga sudah bergelar suami dan ayah, masih menjadi perhatian sehingga kini.

Pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bukan bererti figura terkenal ini bertindak menyembunyikan diri sebaliknya dia terus bertahan dalam industri ini.

Malah, dia juga antara selebriti yang cukup disenangi media kerana tidak mudah meleting berhadapan sebarang isu yang melanda.

Misalnya, walaupun baru-baru ini dunia seni agak kecoh apabila isterinya, Diana Danielle menyindir pelakon, Nora danish di laman sosial miliknya rentetan gambar pelakon itu memegang tangan suaminya bagi promosi filem Pengantin

Malam lakonan mereka, namun bintang filem Remp-It ini kelihatan tenang berdepan situasi tersebut.

Menganggap perkara itu sebagai pengalaman baharu melayari kehidupan berumah tangga, empunya nama Farid Kamil Zahari ini sebenarnya cukup profesional menangani cabaran dan dugaan yang datang kepadanya sepanjang menjadi anak seni.

Ditemui pada majlis tontonan eksklusif telemovie Kem Cuci Tangan (Kecut) terbitan Mangkin Prestij bertempat di Ruang, Subang Jaya, pelakon berusia 33 ini tampak lebih selesa bercakap soal karier berbanding isu peribadi.

Jika dahulu teraju utama Lagenda Budak Setan ini lebih terbuka berkaitan cinta dan sisi peribadinya, namun dia ini kini lebih menjaga privasi diri serta keluarganya.

Tolak tawaran komersial

Baru setahun bergelar bapa, pastinya keterujaan bintang Evolusi KL Drift ini tidak dapat dibendung.

Tidak lokek berbicara mengenai kehidupannya sebagai bapa, akui Farid, anaknya Mohamad, tetap diutamakan dalam segala hal.

Kerana itulah dia mahu membesarkan anaknya seperti orang biasa dan bukan dengan gaya hidup seperti selebriti.

“Mohamad masih kecil dan dalam usianya kini tidak sesuai saya ataupun isteri meletakkan dia seperti kehidupan kami.

“Biarlah dia membesar dengan cara biasa dan tidak terdedah dengan dunia seni.

“Sebagai bapa saya mahukan yang terbaik untuknya, lagipun saya dan isteri sama-sama terlibat dalam industri ini dan kami sudah lali dengan sama garam sebagai anak seni,” katanya.

Atas alasan itu, pengarah filem ini juga terpaksa menolak tawaran daripada mana-mana pihak yang mahukan anaknya menjadi model dan sebagainya.

Mengakui jadual kerja agak padat, Farid bagaimanapun tidak pernah lalai memenuhi tanggungjawabnya sebagai bapa.

Jelasnya, dia dan isteri akan mencari masa untuk sentiasa berada di samping anak mereka.

“Bukannya susah nak cari waktu bersama Mohamad, sibuk macam mana pun, saya akan pastikan ada masa bersamanya.

“Biasanya kalau saya ada aktiviti luar seperti polo, saya akan bawa dia bersama menyertai aktiviti itu,” ujar Farid.

Tak percaya pembantu rumah

Dalam pada itu, Farid tidak menolak dakwaan bimbang dengan isu dera yang sering berlaku kebelakangan ini.

Tuturnya, walaupun mempunyai pembantu rumah, dia tidak akan sesekali membiarkan Mohamad bersendirian dengan pembantu rumah mereka.

“Rasanya hampir empat bulan saya menggunakan khidmat pembantu rumah, tetapi setakat ini saya cuba untuk tidak anak tinggal dengan pembantu tersebut sahaja.

“Biasanya saya dan isteri akan bergilir-gilir menjaga anak, jika saya bekerja, Diana akan ada di rumah dan begitu juga sebaliknya.

“Saya akan pastikan Mohamad tidak lepas di mata, lagipun kes-kes dera sangat banyak berlaku dan saya tidak mahu anak menjadi salah seorang mangsanya,” ujar Farid.

Bekas ‘gangster’ beri motivasi

Menyentuh mengenai telemovie Kecut pula, Farid yang memainkan peranan sebagai bekas ‘gangster’ yang menjadi pakar motivasi, Joe, memberitahu, dia tidak kisah untuk berlakon dalam drama atau telemovie jika ia menampilkan kelainan.

“Saya akui selesa berlakon filem tetapi tidak bermakna saya menolak untuk berlakon drama dan telemovie.

“Saya masih terlibat dengan projek khas bersama stesen televisyen tempatan yang mahukan saya berlakon untuk mereka,” katanya pengalaman berlakon Kecut berbeza daripada mana-mana drama atau telemovie yang pernah dibintanginya.

Katanya, penggambaran bagi telemovie yang disiarkan di HyppTV (saluran 801) itu lebih mudah untuk dilakukan dan tidak mendatangkan tekanan besar kepadanya.

“Kami hanya mengambil masa dua minggu untuk penggambaran yang keseluruhannya dijalankan di Tanjung Bidara, Melaka.

“Walaupun saya perlu berhadapan dengan kerenah lima lagi pelakon baharu yang memainkan watak ‘gangster’ tetapi ia satu kesempatan yang menyeronokkan,” katanya kesemua pelakon baharu itu mempunyai potensi dalam industri seni Malaysia.

Selain Farid, telemovie sentuhan pengarah Dharma Aizat ini turut dijayakan oleh Along Eyzandy, Niezam Zaidi, Pablo Amirul, Zalif Sidek dan Azwan Kombos.

Sementara itu, Farid kini sibuk dengan promosi bagi filem terbarunya, Lagenda Budak Setan 3 yang akan ditayangkan Oktober nanti.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");