Membawang Hari Ini

Farid Kamil Tahu Jaga Batasan Sebagai Suami

KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah filem Farid Kamil tidak akan meminta kebenaran daripada isterinya, Diana Danielle sebelum bersetuju untuk terlibat dalam mana-mana projek lakonan melibatkan pelakon wanita.

Farid, 31, berkata, sebagai seorang lelaki dewasa yang sudah berkahwin dia tahu untuk menjaga batasan supaya kejadian isterinya meluahkan perasaan cemburu terhadap aktres Nora Danish di laman sosial Instagram sebelum ini tidak berulang.

“Tidak timbul soal minta kebenaran Diana kerana saya tahu batasan sebagai seorang pelakon. Kejadian yang berlaku sebelum ini juga adalah satu salah faham yang tidak sepatutnya timbul,” katanya.

Farid ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS3) di Golden Screen Cinema (GSC) Mid Valley di sini pada Rabu.

Filem yang bakal ditayangkan pada 11 September ini turut dijayakan oleh Maya Karin, Bront Palarae, Iqram Dinzly dan Lisa Surihani.

Dalam pada itu, Farid berkata, dia melihat kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran buat mereka berdua dalam melayari alam perkahwinan yang masih baharu.

Tambah Farid, dia yakin Diana tidak akan melakukan perkara sama pada masa hadapan dan semakin memahami dirinya sebagai seorang suami dan pelakon.

“Tempoh lima tahun pertama sesuatu perkahwinan itu pasti akan ada cabarannya dan paling penting sebagai suami isteri kita perlu tenang dalam menghadapi sesuatu dugaan itu.

“Dia mengenali saya sebagai pelakon tetapi sebagai suami yang kerjayanya adalah pelakon, itu adalah pengalaman baharu kepadanya namun Alhamdulillah kejadian sebelum ini banyak memberi pengajaran kepada kami.

Sementara itu, Farid berkata, dia juga tidak keberatan untuk membawa Diana menonton LBS3 di pawagam kerana isterinya itu sendiri adalah peminat setia karya tersebut.

“Dia sendiri tidak sabar hendak menonton LBS3 kerana dia merupakan pemiant LBS1 dan LBS2 dan dia sangat menyanjungi watak yang saya pegang sebagai Kasyah.

Dalam perkembangan lain, Farid berkata, dia berasa sedih terpaksa berpisah dengan watak sebagai Kasyah yang disifatkan sudah sebati dengan dirinya sejak empat tahun lalu.

Pun begitu Farid berasa lega apabila pengakhiran filem berkenaan bakal menemui penonton dan berharap mereka akan berpuas hati dengan sekual ketiga karya asal Ahadiat Akashah itu.

“Sedih untuk berpisah dengan Kasyah tetapi syukur kerana saya diberi peluang untuk melunaskan peranan tersebut dalam ketiga-tiga filem LBS yang pada saya suatu penghormatan membawa watak ikonik ini,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");