Jenayah

Gelodak hati ibu

sakit

Port Dickson: Luluh hati seorang ustazah apabila melihat anak gadisnya yang berusia 26 tahun kini menderita sakit akibat kegagalan fungsi organ jantung.

Hasnah Ahmad, 61, bagaimanapun tabah menjaga anak kelima daripada tujuh beradik itu yang sering mengadu sakit dan tidak mampu berjalan sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, Siti Khadijah Eshak mengalami bengkak di seluruh badan terutama kaki sejak awal tahun ini pada mulanya disangka cuma sakit ‘kaki gajah’ kerana ia membesar dan menjadi keras, namun keadaan itu semakin parah selepas enam bulan.

“Dia dulunya seorang gadis normal yang cantik tetapi kini semuanya berubah apabila dia tidak lagi mampu berjalan dengan baik malah membongkok seperti orang tua.

“Doktor pakar mendesak supaya melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, segera kerana jantungnya tidak mampu berfungsi untuk mengepam air dan darah ke seluruh anggota badan dengan baik.

“Akibatnya, lebihan air yang terkumpul semakin membesar seakan-akan seperti belon. Hasil pemeriksaan doktor, keadaan itu berlaku kerana darahnya menjadi pekat dan kekurangan garam menyebabkan dia terpaksa disuntik untuk mencairkan kepekatan darah dan memasukkan air garam ke dalam badan,” katanya.

Hasnah ketika ditemui di Hospital Port Dickson (HPD), semalam berkata, anak perempuannya itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terbaru doktor memberitahu keadaan buah pinggang Siti Khadijah pula seakan tidak berfungsi lagi.

“Saya sangat sedih dengan nasib malangnya itu. Tambah pula, kami sekeluarga tidak mampu membiayai pembedahan jantung membabitkan kos yang tinggi berjumlah RM30,000,” katanya.

Hasnah yang ada tujuh anak berusia 14 hingga 32 tahun itu hanya bergantung kepada pendapatan melalui Pusat Pengajian al-Quran di Lukut, di sini, yang diasaskan anak pertamanya beberapa tahun lalu.

Katanya, pendapatannya diperoleh melalui wang sedekah orang ramai yang mengikuti kelas mengaji dan rawatan perubatan Islam selain bayaran bulanan sebanyak RM200 daripada Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson yang menempatkan golongan mualaf di pusat berkenaan.

“Suami pula pesara tentera tanpa pencen dan tidak mampu bekerja lagi kerana sudah uzur.

“Saya sudah memohon bantuan daripada pihak Baitulmal dan berharap ada pihak yang sanggup tampil membantu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Hasnah di talian 0123445310.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");