Jenayah

Gigit tangan penculik

Georgetown: Dua murid perempuan terselamat daripada menjadi mangsa culik tiga lelaki selepas mereka mengigit tangan suspek dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Batu Lanchang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 9 tahun ditarik masuk dalam sebuah van putih bercermin gelap.

Mereka kemudian diikat namun terselamat kerana menggigit tangan suspek sebelum berjaya meloloskan diri ketika van berkenaan berhenti berhampiran sebuah bank di Jalan Masjid Negeri.

Kedua-dua mangsa berlari pulang ke sekolah dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibu mereka yang juga guru di sekolah itu.

Ketika itu, ibu kedua-dua pelajar berkenaan turut panik kerana anak mereka tiada di kawasan sekolah seperti kebiasaannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan dan juga kejadian terbabit.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");