Jenayah

Giliran adik di rumah mayat

kemalangan

Melaka: “Adik pernah beritahu saya, dia sering membantu kakitangan di bilik mayat menguruskan jenazah jika kebetulan menyelenggara penyaman udara di kawasan bilik mayat.

“Hari ini (semalam) giliran dia pula terbaring di situ,” kata abang kepada Muhammad Khairil Aziz, 25, yang maut dalam kemalangan di Jalan Duyong-Bukit Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi, Muhammad Khairil pekerja penyelenggaraan di Hospital Melaka maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar pokok.

Mangsa yang mahu ke rumah rakannya berdekatan Kampung Paya Ikan, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Syam, 33, berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh rakan adiknya yang menghubunginya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");