Membawang Hari Ini

Hip Global: Rihanna idam miliki kelab bola sepak

rihanna 2

Nampaknya, ketaksuban Rihanna pada sukan bola sepak belum reda walaupun kejohanan dunia sudah beberapa minggu berlalu. Terbaharu, penyanyi jelita berasal dari Barbados itu dikatakan teringin membeli sebuah kelab bola sepak British.

Jika gagal berbuat demikian pula, beliau tidak kisah untuk mendapatkan hak ke atas pasukan di Los Angeles.

Pada perlawanan akhir antara Jerman dan Argentina lalu, Rihanna dilihat cukup teruja dengan pengalaman yang dilaluinya pada acara sukan terbesar dunia itu. Bahkan, beliau kemudian dilihat bergambar bersama beberapa pemain Jerman yang meraikan kejayaan mereka menjuarai piala idaman setiap negara di planet bumi.

Kini, beliau berazam untuk terbabit sama dalam sukan yang sememangnya menjadi kesukaan ramai itu.

Menurut sumber, pada mulanya kegilaan Rihanna pada sukan bola sepak dan keinginannya untuk terbabit sama dalam bidang perniagaan acara itu akan terpadam sebaik saja selesainya kejohanan Piala Dunia.

“Tetapi sekarang jelas sekali beliau serius dalam hal itu. Beliau ada bercakap mengenai penubuhan akademi bola sepak di Barbados. Bahkan, impian utamanya adalah untuk terbabit dalam pemilikan kelab bola sepak di United Kingdom,” kata sumber berkenaan.

Sumber lain pula memberitahu Daily Star: “Britain boleh diibaratkan rumah kedua kepada Rihanna. Beliau bagaimanapun turut memberikan bayangan akan melakukan perkara sama bersama sebuah pasukan di Los Angeles.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");