Jenayah

Hisap dadah dalam tandas hospital

hisap dadah

KULIM – Setelah 26 tahun terlibat dalam penagihan dadah, akhirnya seorang lelaki menyerah diri di Pejabat Trafik Kulim kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Suspek, 39, yang merupakan seorang penganggur berkata, dia mula terlibat dengan dadah ketika berusia 13 tahun.

Menurutnya, dia sering tidur di sekitar kawasan sebuah hospital di Pulau Pinang dan menjadikan tandas surau dan tandas hospital sebagai tempat menghisap dadah bersama beberapa rakan lain.

“Pada 6 Ogos lalu saya menerima rawatan di hospital kerana mengambil dadah secara berlebihan. Setelah menjalani pemeriksaan darah, saya disahkan positif dadah dan cemas apabila doktor hendak memaklumkan keputusan ujian darah kepada polis.

“Takut ditahan polis, saya mengambil keputusan melarikan diri dari hospital sebelum sampai ke Kulim dengan hanya berjalan kaki,” katanya.

Suspek berkata, sebaik tiba di Pejabat Trafik, dia yang keletihan memaklumkan hasratnya untuk menyerah diri.

“Saya dah tak larat nak lari dari polis lagi. Sebelum ini saya menghisap dadah jenis heroin bagaimanapun setelah mendapati dadah jenis itu kurang memberikan rangsangan, saya mencuba dadah jenis methamphetamine. Walaupun mahal tetapi saya terpaksa membelinya.

“Pada hari kejadian, saya mengambil dadah jenis itu berlebihan dan gagal mengawal emosi saya. Saya menjadi terlalu takut dan badan saya terketar-ketar. Saya kemudiannya pergi ke unit kecemasan hospital dan membuat pemeriksaan. Selama dua hari saya menerima rawatan dan akhirnya doktor mengesahkan bahawa saya seorang penagih dadah,” katanya.

Suspek menyatakan hasratnya untuk berhenti dari masalah penagihan dadah dan meminta polis menghantarnya ke pusat rawatan narkotik.

Sementara itu, sumber polis menyatakan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, sebelum diserahkan kepada bahagian narkotik untuk menjalani ujian air kencing.

-Sinar HArian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");