Perak Hari Ini

Hubungan Antara Kaum Mesti Dijaga Dengan Baik: Tajuddin

Pemimpin kaum diingatkan supaya menasihati ahli masing-masing supaya menjaga hubungan baik antara kaum di negara ini.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, ia perlu sentiasa diwar-warkan kepada rakyat apabila timbul isu perkauman di negara ini.

“Pemimpin kaum hendaklah berani untuk menegur, menasihati dan memberi amaran kepada kaum masing-masing.

“Ia berkaitan tentang bahaya api perkauman yang ditiupkan di kalangan rakyat di negara ini,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Salak di Pusat Latihan Pertanian Degong, Chenderong Balai dekat Sungai Manik, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, usaha tersebut perlu dilakukan bagi menjamin masa depan generasi akan datang.

“Walaupun berbeza kaum dan agama, kita berupaya untuk mewujudkan hubungan kaum yang baik dan negara kita masih aman dan damai selama ini.

“Semua ini perlu kita jaga supaya masa depan anak cucu kita terjamin dan nikmat serta kestabilan negara terus terpelihara,” tambahnya lagi.

Ujarnya, negara akan berhadapan masalah jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyemarakkan api perkauman antara kaum di negara ini.

“Ketika ini, wujud hubungan kaum yang tegang disebabkan oleh tindakan individu, pertubuhan atau ahli politik yang tidak bertanggungjawab membuat kenyataan yang membakar perasaan kaum tertentu.

“Ini dilakukan supaya mereka dapat ‘menangguk dalam air yang keruh’ di sebalik situasi atau kekacauan yang timbul itu,” kata Tajuddin lagi.

Terdahulu, pada majlis tersebut, beliau memberi sumbangan duit raya kepada lebih 2,000 tetamu yang hadir antaranya kanak-kanak, warga emas, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan anggota Pasukan Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");