Sukan Hari Ini

‘Ia hanya spekulasi’

TENGKU Abdullah (kiri) ketika hadir menyaksikanmajlis penyerahan tajaan untuk Kejohanan HokiPiala Sultan Johor 2014 yang disampaikan kepadaTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (dua dari kiri) di Thistle Hotel, Johor Bahru semalam:-

“TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim bukan calon yang difikirkan, malah tidak ada langsung perbincangan mengenai jawatan Presiden MHC dengan baginda.”

Demikian titah Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai spekulasi yang mengatakan bahawa Tunku Ismail bakal dicalonkan untuk menerajui Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas ini.

“Ia hanya spekulasi. Tidak ada perbincangan dan sejujurnya saya cakap, dia (Tunku Ismail) tidak langsung menyebut apa-apa pasal hoki,” titah baginda kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek tajaan untuk Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 di Johor Bahru semalam.

Tengku Abdullah yang merupakan Presiden MHC bertitah, baginda terbuka berhubung calon yang sesuai sebagai pengganti baginda untuk menerajui MHC selepas ini dan sudah tiba masanya untuk sesiapa sahaja memimpin MHC demi pembaharuan serta meningkatkan mutu sukan berkenaan.

Baginda bertitah, tidak timbul langsung soal marah atau tidak puas hati berhubung hasrat untuk melepaskan jawatan selaku Presiden MHC dan ia merupakan hasrat baginda sendiri.

“Saya sudah berusaha untuk memajukan hoki dan saya akui masa tidak mengizinkan saya kerana tanggungjawab lain semakin banyak,” titah baginda.

Tengku Abdullah berharap semua pihak menghormati perancangan baginda untuk melepaskan jawatan tersebut dan baginda sendiri akan memerhati perkembangan hoki negara sekiranya dilantik sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia nanti.

Pemilihan kepimpinan baharu MHC akan dilakukan pada mesyuarat agung dwitahunan persatuan tersebut untuk penggal 2014-2018 pada Oktober depan.

MHC turut mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia pada pemilihan yang akan diadakan pada 31 Ogos ini.

Tengku Abdullah sebelum ini telah melahirkan hasrat untuk melepaskan jawatan tersebut bagi memberi ruang kepada muka baharu menerajui MHC.

Begitupun, barisan kepimpinan tertinggi MHC merayu agar Tengku Abdullah mempertimbangkan semula hasrat tersebut ekoran beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh skuad hoki negara sejak MHC diterajui oleh baginda.

Dalam perkembangan lain, Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 akan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya di Johor Bahru pada 12 hingga 19 Oktober depan.

Selain Malaysia, turut mengesahkan penyertaan pada edisi keempat kejohanan antarabangsa bawah 21 tahun itu ialah India, Australia, Pakistan, New Zealand dan Britain.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");