Sukan Hari Ini

Ilham Almarhum Sultan Azlan Shah bantu maju hoki

alagendra

CETUSAN ilham Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dilihat faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan serta perkembangan sukan hoki negara hari ini hasil daripada perubahan mentaliti pemain, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHSM), Tan Sri P Alagendra berkata, cetusan ilham berkenaan telah mengubah landskap sukan hoki negara.

Malah katanya, cetusan ilham berkenaan sekali gus menyaksikan penubuhan Yayasan Hoki Malaysia dalam usaha merealisasikan perubahan berkenaan.

“Pada dekad 50-an lalu, Malaysia agak ketinggalan dalam sukan hoki di belakang pasukan seperti Jerman, Belanda, Pakistan, India dan lain-lain.

“Bagaimanapun, hari ini Malaysia diiktiraf antara pasukan handalan dunia berdasarkan pencapaian cemerlang dalam beberapa kejohanan bertaraf antarabangsa,” katanya sempena lawatan delegasi Persekutuan Hoki Dunia (FHI) ke negeri ini, semalam.

Hadir sama, Presiden FHI, Leandro Negre, Kelly Fairweather (Ketua Pegawai Eksekutif), Fumio Ogura (Bendahari) dan Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Tayyab Ikram.

Alagandra berkata, delegasi dari 28 negara di bawah FHI hadir bagi menziarahi makam Almarhum Sultan Azlan Shah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Katanya, kehadiran delegasi berkenaan bertujuan bagi menyatakan penghormatan kepada Almarhum Sultan Azlan Shah terhadap segala jasa serta sumbangannya kepada perkembangan sukan hoki.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");