Sukan Hari Ini

Impian Nicol tak kesampaian

nicol 4

Kuala Lumpur: Hari suram dan sedih negara turut berlaku di gelanggang kaca Kompleks Membeli-Belah NU Sentral apabila ratu skuasy, Datuk Nicol David gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia buat kali pertama selepas melakukannya secara berturut-turut dari 2003 hingga 2013.

Ketika negara berkabung berikutan tragedi MH17, Nicol pula tewas kepada pemain Mesir, Raneem El Weleily 11-7, 6-11, 8-11, 11-13 di separuh akhir.

Nicol yang memburu kejuaraan kesembilan nyata gagal memberikan aksi terbaik tatkala kekalahan semalam mengimbas kembali perlawanan akhir 2012 apabila dia tewas kepada Raneem selepas menjulang kejuaraan tujuh kali berturut-turut dari 2005 hingga 2011.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, Raneem yang juga pemain nombor tiga dunia berhak menang selepas mempamerkan aksi mantap.

“Anda dapat lihat sendiri bagaimana aksi Raneem, pada set pertama saya bermain dengan baik dan menyebabkan dia sedar jika tidak bangkit mungkin perlawanan itu akan menyebelahi saya,” katanya.

Jelas pemain nombor satu dunia itu, semua yang dilakukan Raneem baik dari segi pukulan lambung dan laju semuanya menjadi.

“Saya perlu bekerja keras lagi selepas ini, memang kecewa kalah di separuh akhir, tapi Raneem bukan hanya menduduki ranking nombor tiga secara tidak sengaja, dia berhak berada di kedudukan itu.

“Selepas ini saya perlu bersedia untuk Terbuka Hong Kong, kalah tetap kalah dan saya perlu beraksi dengan baik di setiap kejohanan, tidak ada ruang buat saya untuk melakukan kesilapan,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Menanti Raneem di perlawanan akhir hari ini rakan senegara Nour El Tayeb yang sebelum itu mengalahkan Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-9, 11-9, 11-3.

Perlawanan akhir lelaki pula menemukan pemain Hong Kong, Max Lee menentang naib juara 2012, El Shorbagy dari Mesir.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");