Sukan Hari Ini

Ismail yakin satu slot milik Sime Darby

sime darby

PENGENDALI Sime Darby FC (SDFC), Ismail Zakaria tidak kisah dua pasukan mana dari Kumpulan D yang akan melangkah ke suku akhir saingan Piala Malaysia yang bermula minggu depan.

Sebaliknya apa yang penting bagi pengendali itu, satu slot dua teratas itu perlu dimiliki skuad bimbingannya.

“Saya tak kisah pasukan lain, yang penting satu slot dua teratas itu menjadi milik Sime Darby FC. Sudah tentu Selangor dan PDRM memberi cabaran hebat,” katanya,

Selain Selangor dan PDRM, The Giant Killer diundi bersama T-Team dalam Kumpulan D.

Bagaimanapun Ismail tidak mahu terlalu memberi tekanan dengan fokus dan perancangan utama adalah melepasi saingan peringkat kumpulan terlebih dulu.

“Setiap pasukan dalam kumpulan ini berpeluang cerah melangkah ke suku akhir terutamanya Selangor dan PDRM.

“Tapi kita harus ingat, Piala Malaysia satu persaingan berbeza dan mempunyai situasi unik dengan pasukan yang tidak mempamerkan aksi baik dalam kancah liga biasanya mempamerkan kebangkitan.

“Begitu pun, kami sasarkan mahu melepasi peringkat kumpulan dulu, selepas itu saya yakin kami mampu pergi lebih jauh,” kata Ismail yakin pemainnya keyakinan bersaing kerana menamatkan saingan di kedudukan kelima Liga Super.

Namun, Ismail tetap memberi peringatan kepada anak buahnya supaya mempamerkan prestasi terbaik dalam saingan tersebut,

Pada saingan Piala Malaysia musim lalu, SDFC melangkah ke suku akhir selepas melakar kejutan pada peringkat kumpulan apabila menyingkirkan pasukan pilihan, Selangor untuk mengiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) namun gagal ke separuh akhir apabila tewas kepada Sarawak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");