Isu Panas

Isu MB Selangor: Sultan Titah Kemuka Lebih Dua Nama

Sultan Sharafuddin

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu.

“sebagaimana yang diperentukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Selain itu Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan.

Bagaimanapun Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan menteri besar Selangor yang baharu ditentukan.

Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara mengemukan nama Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

-mSTar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");