Jenayah

Jaja nama HTAR

jenayah

Shah Alam: Seorang penganggur didapati mendapatkan wang mudah dengan menjaja nama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan klinik swasta sekitar Klang dan Shah Alam dengan menjual sijil sakit palsu lengkap dengan cop hospital dan doktor yang didapati tidak wujud.

Difahamkan, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar kelmarin selepas seorang anggota polis didapati turut menjadi ‘pelanggannya’ menyebabkan penyelia kepada anggota berkenaan berasa curiga lalu membuat semakan dengan HTAR dan mendapati sijil sakit yang dikemukakan anggota berkenaan bukanlah milik HTAR.

Susulan kejadian itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Seksyen 9 oleh seorang anggota polis berusia 51 tahun menyebabkan seorang lagi anggota polis berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, polis menjalankan siasatan susulan sebelum menahan dua lelaki dalam satu serbuan Rabu lalu.

Difahamkan, seorang daripadanya tidak bekerja manakala seorang lagi rakan subahatnya bekerja sebagai penghantar surat dan mereka aktif menjalankan kegiatan menjual sijil sakit palsu kira-kira dua tahun lalu dengan mengenakan bayaran antara RM15 hingga RM25 setiap satu.

“Selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, kita melakukan penyamaran dan menjalankan siasatan lanjut sebelum mendapati sijil dan nama doktor yang tertera di atas sijil berkenaan tidak wujud.

“Susulan itu, seorang anggota melakukan penyamaran dengan menelefon rakan suspek dan berpura-pura mahu membeli sijil berkenaan dan rakan suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam di Seksyen 19.

“Dengan penangkapan itu, seorang lagi suspek yang juga seorang penganggur berusia 32 tahun diberkas di rumahnya di Seksyen 18, kira-kira dua jam selepas suspek pertama ditahan,” katanya di Sidang Media di IPD Shah Alam, di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");