Berita Hari Ini

Jangan persoal Hari Malaysia Berkabung

Anggota tentera mengusung keranda jenazah pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin. – Foto Bernama:-

IPOH – Rakyat di negara ini tidak seharusnya memperkecilkan usaha yang dilakukan petugas Malaysia yang bertungkus-lumus membawa pulang jenazah mangsa nahas MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, tindakan Malaysia mengadakan hari berkabung kelmarin juga bertujuan memberi penghormatan kepada jenazah dan ia tidak seharusnya dipersoal pihak tertentu.

“Apa yang dilakukan oleh Malaysia di luar jangka. Perkara ini dibincangkan di dalam Kabinet tetapi saya tidak menyangka bila ia berlaku sangat baik.

“Pasukan petugas kita uruskan mayat dengan cara hormat dan jangan kita perkecilkan tugas mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap Umno Bahagian Ipoh Timor di Bangunan Umno Negeri, di sini, semalam.

Mengenai perkabungan negara kelmarin, Shahidan berkata, ia sebagai salah satu cara penghormatan kepada jenazah.

Menurutnya, tidak timbul soal meniru agama atau budaya orang lain kerana dalam sejarah ada dimaklumkan bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri menghormati jenazah Yahudi.

Kelmarin, seluruh negara diisytiharkan sebagai Hari Malaysia Berkabung sebagai menyambut kepulangan 20 jenazah mangsa nahas pesawat MH17.

Pada Hari Berkabung itu, semua rakyat Malaysia kebanyakannya memakai pakaian berwarna gelap selain bertafakur selama seminit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");