Jenayah

Jangan Sebut ‘Bom’ Bila Naik Pesawat – Polis

polis malindo

SUBANG JAYA: Banyak perkataan yang anda boleh dikatakan ketika menaiki pesawat tetapi “bom” bukanlah salah satu daripadanya.

Seorang penumpang ketika menaiki pesawat Malindo Air bagi penerbangan OD1158 ke Pulau Pinang pada pukul 3.40 petang Selasa, penat menunggu dalam barisan untuk diperiksa pas masuk penerbangannya di pintu masuk pesawat dan mengeluarkan kenyataan, “Kenapa perlu periksa? Saya tidak ada bom.”

Perkataan itu mencetuskan ancaman keselamatan apabila syarikat penerbangan itu terpaksa memindahkan 37 penumpang dari pesawat jenis ATR600, ke kawasan pengasingan dan mendapatkan skuad bom untuk melakukan pemeriksaan bagi mengesan bahan letupan itu.

Para penumpang terpaksa berdiri di bahagian tarmac landasan dari pukul 4 petang hingga 8 malam, sementara polis membuat pemeriksaan terhadap setiap seorang mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, polis kemudiannya membenarkan para penumpang menaiki penerbangan lain ke Pulau Pinang pada pukul 9.30 malam. Dua penumpang lain membuat keputusan untuk menaiki penerbangan lain pada Rabu.

“Ketika kakitangan sedang memeriksa pas masuk penerbangan penumpang sebelum memasuki pesawat itu, salah seorang daripada mereka menjerit dengan mempersoalkan kenapa perlu untuk diperiksa, dan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai bom.

“Selepas kesemua penumpang duduk, kru kabin memaklumkan kepada kapten dan pusat kawalan. Mereka mendapat arahan untuk tidak menerbangkan pesawat itu dan membuat laporan polis.

“Ia merupakan perkataan yang sensitif, oleh itu kita terpaksa mendapatkan unit anjing pengesan (K9) dan unit pengesan bom untuk meneliti ancaman itu,” katanya.

Azmi berkata, kesemua penumpang yang dibawa keluar dari pesawat itu, yang kemudiannya dibawa ke kawasan pengasingan di landasan.

Beliau berkata, siasatan itu mendedahkan “ancaman bom” itu tidak lebih sekadar daripada perkataan yang terlepas daripada penumpang yang gelisah, dan polis memberikan lampu hijau kepada penumpang untuk berlepas pada pukul 7.30 malam.

“Jangan gunakan perkataan-perkataan seperti bom di pesawat,” tegas memberi amaran.

Seorang penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai John, berkata penumpang tidak dimaklumkan mengenai mengapa mereka perlu dipindah keluar dari pesawat itu dan diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Mereka membuatkan kami berdiri di luar di landasan di tengah panas selama beberapa jam,” kata John yang menghadiri pameran pada minggu lalu.

Seorang lagi penumpang, peguam yang hanya mahu dikenali sebagai Naga merasakan pihak berkuasa bertindak keterlaluan terhadap perkataan ‘bom;.

Sementara itu, Malindo Air berkata, para penumpang dikuarantikan sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan, dan menyediakan makanan untuk mereka ketika pemeriksaan dijalankan.

“Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keadaan tersebut telah diuruskan secara profesional oleh pihak berkuasa dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Malindo Air mengambil serius terhadap ancaman seperti itu demi kesejahteraan dan keselamatan penumpang kami,” katanya dalam satu kenyataan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");