Membawang Hari Ini

Justin buat hal lagi

justin

Superstar ini memang tidak habis-habis dengan kontroversinya. Setiap berita yang terpalit dengannya mesti berkisarkan perkara negatif, sekali gus menenggelamkan bakat luar biasa dimilikinya.

Justin Bieber, 20, memiliki jutaan peminat di seluruh dunia, namun pada masa sama jutaan juga yang membencinya.

Ada saja tindakannya yang tidak kena dan menyakitkan hati hingga dalam kalangan selebriti pun ada yang tidak menyukainya.

Contohnya, ketika berparti di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini, penyanyi lagu Baby itu menempuh detik paling memalukan apabila ditumbuk aktor berpengaruh Orlando Bloom.

Mana tidaknya, sekian lama memendam berikutan khabar angin mengaitkan Bieber pernah mendekati bekas isterinya iaitu model Miranda Kerr, Bloom pastinya punya 1,001 sebab untuk berbuat demikian.

Hubungan itu dilaporkan terjalin sewaktu Bloom masih berstatus suami dengan Kerr kira-kira dua tahun lalu. Bieber pula ketika itu masih hangat bercinta dengan penyanyi Selena Gomez.

Selain itu, kehadiran Justin ke parti berkenaan turut mencetuskan sensasi terbaru apabila dia bertemu cinta baru pula dengan Kendell Jenner.

Kendell yang juga adik kepada selebriti berpengaruh Kim Kardashian sememangnya meninggalkan impak tersendiri meraih pengikut seluruh dunia hanya kerana kemunculannya dalam Keeping Up with the Kardashians.

Di parti itu, Bieber dan bintang realiti itu dikatakan sangat intim hingga tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya menunjukkan minat antara satu sama lain dan meninggalkan acara secara senyap-senyap sambil berpegangan tangan.

Meskipun sebelum ini penyanyi kelahiran Kanada itu turut dikaitkan dengan adik Kendell iaitu Kylie Jenner, itu semua disifatkan sekadar cubaannya untuk mendekati Kendell.

Apapun, yang paling terkesan dengan khabar terbaru itu semestinya bekas kekasihnya Selena dan jelas Justin sengaja menjalin hubungan itu demi meraih perhatian Selena.

Namun lain pula ceritanya daripada pihak Kendell kerana bintang muda itu nampaknya mengakui tidak punya masa untuk menjalin hubungan sekarang ini.

Dia yang juga dikatakan turut mendekati penyanyi One Direction, Harry Styles dan penyanyi 5SOS iaitu Ashton Irwin menganggap semua itu tidak serius bahkan dia lebih suka sibuk bekerja.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");