Sukan Hari Ini

‘Kami tak paksa’

cheh chang

Kuala Lumpur: Membenarkan Goh V Shem beraksi di Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen bukan satu perjudian. Itu penjelasan jurulatih beregu negara, Pang Cheh Chang.

Bekas pemain negara itu mengakui jadual padat mungkin menjadi punca anak buahnya mendapat kecederaan dengan terbaru V Shem yang mengalaminya ketika bergandingan dengan Lim Khim Wah.

Menurut Cheh Chang, selepas Sukan Komanwel 2014 Glasgow beliau ada bertanya kepada V Shem mengenai tahap kecederaan pemain itu dan sentiasa memantau keadaannya.

“Dia sendiri yang memberitahu akan beraksi di Kejohanan Dunia walaupun sedar mengalami kecederaan di bahagian belakang badan,” katanya.

V Shem-Khim Wah terpaksa menarik diri daripada aksi pusingan kedua kelmarin ketika ketinggalan 11-21, 7-11 kepada pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin.

Keputusan itu jelas sekali mengecewakan Khim Wah yang berpasangan buat kali terakhir dengan V Shem kerana mereka akan dipisahkan selepas Kejohanan Dunia.

“Memang saya akan selalu berbincang dengan pemain sebelum mereka menyertai mana-mana kejohanan atau masuk ke dalam gelanggang.

“Jika ada pemain yang mengalami kecederaan, kami tidak memaksa mereka untuk beraksi bagi mengelak perkara itu menjadi lebih buruk,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah diberitahu mengenai tahap kecederaan V Shem dan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu akan berehat beberapa minggu untuk menjalani rawatan.

Senario itu sedikit-sebanyak akan mengganggu persiapan V Shem sendiri untuk Sukan Asia 2014 Incheon atau mungkin dia tidak akan beraksi di kejohanan yang dianjurkan empat tahun sekali itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");