Perak Hari Ini

Kebajikan, Keperluan Masyarakat Orang Asli Tidak Pernah Dipinggirkan

PERAKTODAY

Kerajaan negeri dan Persekutuan sentiasa memberi perhatian terhadap semua kaum di negara ini termasuklah masyarakat Orang Asli di Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, setiap golongan masyarakat tidak akan dipinggirkan daripada merasai nikmat pembangunan.

“Seperti contoh, perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Perah sentiasa dapat perhatian dalam penyaluran bantuan seperti kemudahan asas buat penduduk di situ,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran penduduk Kampung Sungai Perah di Parit, hari ini.

Jelasnya lagi, antara bantuan terkini yang disalurkan ialah projek menurap jalan raya yang menghubungkan Kampung Sungai Perah yang menelan belanja RMRM60,000 dan telah siap sepenuhnya Jun lalu.

PERAKTODAY1 PERAKTODAY2

“Infrastruktur lain seperti gelanggang badminton turut dibina dan penduduk kini bekerjasama dengan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengusahakan tanah bagi tanaman semula,” katanya.

Kerjasama tersebut diharap berupaya menjana pendapatan masyarakat Orang Asli di kampung itu selain meningkatkan nilai pendapatan harian yang bersesuaian dengan corak kehidupan mereka, tambahnya.

Kata Mohd Nizar lagi, bantuan juga sentiasa disalurkan kepada 53 penduduk kampung itu yang telah memeluk Islam.

Sementara itu, menurut Setiausaha Jawatankuasa kampung, Saini An Bahim, setiap bantuan kebajikan termasuklah bantuan akademik tidak pernah diabaikan oleh pihak kerajaan selama ini.

“Setiap tahun pelbagai bantuan diterima termasuklah bantuan pelajaran buat anak-anak Orang Asli di sini,” katanya.

Saini turut memohon bantuan bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal dan bola jaring untuk lebih kemudahan kira-kira 500 penduduk kampung tersebut.

“Bantuan dan kebajikan kami sentiasa terjaga dan penduduk harap agar projek membina gelanggang futsal dan bola jaring dapat dilaksanakan untuk kemudahan golongan muda di sini beriadah di masa lapang,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");