Jenayah

Kemalangan maut catat penurunan

mohd bakri

KUALA LUMPUR – Kemalangan maut sepanjang Op Selamat 5 yang bermula 21 Julai hingga 4 Ogos lalu, menunjukkan penurunan 15.9 peratus atau 41 kes berbanding Op Selamat 3.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, sepanjang tempoh itu jumlah kematian menurun 18.8 peratus atau 55 mangsa meskipun jumlah kemalangan menunjukkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus.

Menurutnya, berlaku  peningkatan sebanyak 654 kes kemalangan daripada jumlah 17,831 tahun lalu kepada 18,484 tahun ini.

“Op Selamat 5 kali ini mencatatkan 217 kemalangan maut dengan 237 kematian berbanding Op Selamat 3,  258 kemalangan maut dengan 292 kematian,” katanya pada Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada Pengguna Jalan Raya Berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik Op Selamat 5/2014, di Terminal Bersepadu Selatan, semalam.

Beliau berkata, pengurangan bilangan kematian dan kes kemalangan jalan raya itu adalah hasil daripada pendekatan penguatkuasaan secara bersepadu  yang dijalankan oleh semua pihak serta sikap pemandu yang lebih berhati-hati semasa memandu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan mahupun swasta dan individu yang terlibat sepanjang Op Selamat 5 kali ini,” katanya.

Beliau berkata, pengguna motosikal masih merupakan golongan paling ramai terkorban akibat kemalangan jalan raya dengan 134 mangsa daripada 237 kematian dicatatkan.

Seterusnya beliau memberitahu, Op Selamat 5 kali ini juga menerima respons menggalakkan daripada orang ramai yang menggunakan saluran sistem pesanan ringkas (SMS) dan Hotline Rakan COP.

“Seramai 22, 104  pemilik rumah telah menggunakan saluran terbabit untuk memaklumkan kepada pihak polis rumah ditinggalkan kosong sempena perayaan,” katanya.

Di majlis itu juga, Kontinjen Negeri Sembilan diumum sebagai kontinjen terbaik sempena Op Selamat 5 serta Jempol memenangi daerah terbaik.

Mohd Bakri juga turut menyampaikan Anugerah Pemandu Berhemah kepada 25 pemandu terdiri daripada pemandu teksi, motokar dan penunggang motosikal.

Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");