Perak Hari Ini

Kerajaan Pantau Rapi Perkembangan Projek Di Perak

Kerajaan negeri memandang serius terhadap perkembangan setiap projek pembangunan di Perak agar mencapai tahap yang baik dan memuaskan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, lawatan ke setiap tapak projek adalah sebahagian daripada tindakan kerajaan negeri untuk memantau perkembangan sesuatu projek termasuklah di sekitar kawasan Pangkor.

“Melalui lawatan ini, saya berpeluang untuk melihat sendiri tahap pencapaian atau perkembangan setiap projek yang dilaksanakan,” katanya.

Jelas Zambry lagi, lawatan seumpama itu bukannya pertama kali dilakukan sebaliknya turut membabitkan kawasan lain seperti di Sungai Siput.

“Lawatan ini juga bertujuan memantau projek ‘sakit’  yang memerlukan rawatan segera,” katanya.

Kerajaan negeri katanya, memandang serius terhadap pelaksanaan projek-projek berkenaan termasuklah yang melibatkan projek kelolaan kerajaan Persekutuan atau sumber daripada kerajaan negeri sendiri.

“Kita tidak mahu membiarkan projek yang terbengkalai ini menyebabkan projek sebenar kerajaan bagi menyediakan satu prasarana untuk kegunaan rakyat tidak mencapai matlamatnya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus membuat lawatan sekitar tapak projek di Pulau Pangkor, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan dan beberapa pegawai kanan.

Terdahulu, beliau turut melawat beberapa tapak projek seperti pembinaan sekolah tahfiz Teluk Gedong, padang bola sepak sintetik di SMK Pulau Pangkor dan tapak apartment Jabatan Kerja Raya (JKR) Pangkor.

Turut dilawati tapak projek pembinaan satu blok pangsapuri kos sederhana 7 tingkat di Pasir Bogak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");