Perak Hari Ini

Kerajaan Sumbang Bantuan Lebih RM10 Juta Untuk Perkasa Sekolah Agama Di Perak

Oleh Ahmad Amirul Hakim Ahmad Zulkifli:-

Kerajaan negeri menyerahkan Bantuan Perkapita Untuk Sekolah Agama dan Elaun Guru-Guru KAFA Negeri Perak berjumlah RM10,905,291 bagi memperkasa institusi pendidikan agama di Perak.

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis bersama warga Jabatan Pendidikan Perak di kediaman rasminya di Ipoh, malam tadi.

mb rumah

Hadir sama, Exco Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Exco Pelajaran negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Pada majlis sama, Kementerian Pendidikan turut menghulurkan Bantuan Kewangan Perkapita dan Kursus Guru Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Negeri Perak Tahun 2014 yang berjumlah RM3,028,056.51.

Melalui kedua-dua bantuan tersebut, kerajaan negeri berharap agar pembangunan institusi pendidikan agama di Perak dapat berkembang dengan baik di masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");