Perak Hari Ini

Kes Denggi Di Perak Meningkat 217 Peratus

Kerajaan negeri akan memberi perhatian khusus bagi memerangi wabak denggi yang kini menjadi agenda utama untuk diselesaikan di Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, kes denggi di negeri itu telah menunjukkan peningkatan sebanyak 217 peratus berbanding tahun lepas.

Katanya, antara langkah yang telah diambil bagi membendung masalah tersebut adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diterajuinya sendiri dan turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.

“Hasil perbincangan yang telah dilakukan baru-baru ini, jawatankuasa tersebut bersetuju untuk menganjurkan gotong royong secara besar-besaran setiap minggu sehingga Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan daripada A Sivanesan (DAP-Sungkai) dalam persidangan Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-13, hari ini.

Jelas Mah lagi, latihan dan taklimat khas turut diberikan  kepada pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan untuk memastikan agensi itu mampu melaksanakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes dengan baik.

“Selain langkah-langkah yang diambil itu, kita juga telah mengeluarkan kompaun kepada 1,683 pesalah dan 11 daripada mereka telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Selain itu, pendedahan dan pendidikan khusus di peringkat akar umbi iaitu di peringkat sekolah juga turut diberi agar golongan sasaran terdedah dengan maklumat berkaitan bahaya denggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");