Isu Panas

Khalid Mahu Tinggalkan Legasi Penstrukturan Air

khalid 1

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin memberi bayangan bahawa beliau mahu meninggalkan legasinya dengan penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Khalid berkata, mengenai kejayaan kerajaan negeri, beliau tidak boleh melupakan usaha dalam penstrukturan semula berkenaan di mana mencapai kata sepakat bersama Kerajaan Persekutuan.

“Saya amat berharap legasi yang saya tinggalkan adalah termasuk mengembalikan aset air kembali kepada rakyat,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Negeri Selangor di sini, Isnin.

Melalui memorandum persefaham (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari lalu, Kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk merancang pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor pada 1 Ogos lalu menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Perjanjian tersebut merupakan lanjutan kepada MoU yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lepas berkaitan pembinaan LRAL2.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");