Isu Panas

Khalid: Tak perlu ragu kes selesai hutang

khalid lagi

SHAH ALAM – Tidak ada perkara yang mencurigakan mengenai penyelesaian luar mahkamah berhubung hutangnya dengan Bank Islam, ujar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menjelaskan perkara tersebut pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor hari ini, Abdul Khalid berkata, kesemua penyelesaian tersebut dibuat dengan telus dan tiada sebarang manfaat diberikan kepada sesiapa pun dalam penyelesaian tersebut.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang mencurigakan tentang penyelesaian luar mahkamah tersebut yang melibatkan pinjaman peribadi tersebut,” ujarnya.

“Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan termasuklah isu pinjaman peribadi saya.

“Walaupun saya tidak suka mencampuri urusan peribadi dengan kerja, tohmahan ke atas saya ini turut mencalar corak gerak kerja kerajaan Selangor,” luah Abdul Khalid lagi.

Sehubungan itu, beliau akan menggunakan sistem perundangan untuk membersihkan namanya.

Jelas Abdul Khalid, beliau tidak dapat mendedahkan butiran penyelesaian kes di luar mahkamah itu kerana ia tertakluk kepada kerahsiaan perbankan.

Terdahulu, Bank Islam dilaporkan memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan bank berkenaan diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");