Jenayah

‘Kubur’ lubang kabel

mati

Cyberjaya: Seorang pekerja asing warga Myanmar maut akibat tertimbus tanah ketika sedang melakukan kerja pemasangan kabel di kawasan pembinaan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang berhampiran Jalan Teknokrat 3, Bangunan Emerio itu, mangsa dikenali sebagai Phetin Zaw Min, 27, maut serta-merta di lokasi kejadian dipercayai akibat hentakan batu yang menimpa kepalanya.

Difahamkan, mangsa bersama pekerja lain melakukan kerja mengorek lubang berhampiran bangunan berkenaan sebelum mangsa turun ke lubang sedalam 2.1 meter untuk memasang kabel.

Bagaimanapun, keadaan bertukar cemas apabila berlaku runtuhan tebing menyebabkan mangsa terperangkap selain turut ditimpa batu besar.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Cyberjaya Mohd Sabri Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.41 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan lima anggota.

Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa sudah meninggal dunia dengan kecederaan parah di kepala.

“Kami mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari lubang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, kematian mangsa disahkan oleh Hospital Putrajaya sebelum kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");