Berita Hari Ini

Kura-kura kepala dua ditemui

SEORANG pekerja memegang seekor kura-kura berkepala dua yang ditemui di sebuah ladang ternakan kura-kura di negeri Arkansas, Amerika Syarikat:-

AMAGON – Pekerja di sebuah ladang ternakan kura-kura di negeri Arkansas, Amerika Syarikat teruja selepas mendapati seekor kura-kura yang menetas di ladang itu mempunyai dua kepala dan masih hidup selepas beberapa minggu dilahirkan.

Kura-kura itu ditemui dalam kumpulan 30,000 ekor haiwan tersebut yang diternak di ladang kura-kura NEA di bandar ini sebelum dieksport ke China pada minggu lalu.

Seorang pekerja memberitahu bahawa mereka pernah menemui kura-kura yang mempunyai dua kepala, memiliki kaki atau ekor yang banyak tetapi haiwan itu mati sejurus ia menetas.

Sementara itu, seorang ahli biologi berkata, penemuan kura-kura yang memiliki ciri unik seperti itu amat jarang berlaku.

Pihak pengurusan ladang ternakan kini dilaporkan merancang untuk menjual haiwan berkenaan kepada mana-mana pengumpul haiwan yang berminat.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");