Sukan Hari Ini

Lang Merah perlu segera rombak skuad

lang merah

ROMBAKAN bakal dilakukan ke atas skuad Kedah menjelang pertemuan menentang Terengganu pada perlawanan kedua kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam ini.

Berikutan aksi hambar di beberapa posisi ketika tewas 2-1 kepada Perak, Penolong Pengurusnya, Amirul Nizam Mahadzir berkata pasukan kejurulatihan berkemungkinan besar melakukan rombakan.

Katanya,  mereka juga berharap beberapa pemain utama lain seperti Khyril Muhymeen Zambri dan Azmizi Azmi yang tidak turun pada perlawanan pertama berikutan tidak cergas akan dapat beraksi semula selepas ini.

“Memang terdapat kepincangan ke atas pasukan baru-baru ini dan ia telah pun diberikan perhatian oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan bakal berlaku rombakan untuk perlawanan seterusnya.

“Sama ada rombakan itu besar atau kecil, saya tidak pasti tetapi memang hal itu akan dilakukan menjelang perlawanan menentang Terengganu nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Tuan rumah bakal berdepan cabaran sengit dari Terengganu selepas masing-masing tekad meraih tiga mata selepas kecundang pada perlawanan pertama.

Kebangkitan lawan semasa di Sarawak juga wajar diberi perhatian apabila mereka hampir mengikat tuan rumah 2-3 selepas ketinggalan tiga jaringan pada babak separuh masa pertama.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");